Seminar Penterjemahan Kebangsaan

Seminar Penterjemahan Kebangsaan |3 PENGENALAN Bersempena dengan Kuala Lumpur World Book Capital 2020 (KLWBC2020), IIUM Press telah melaksanakan Projek Buku Terjemahan IIUM sejak Jun 2019 dengan matlamat untuk menterjemah dan menerbitkan buku dari pelbagai negara dan bahasa bagi menyediakan lebih banyak bahan bacaan kepada semua peringkat umur. Projek ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Santhara J.P., Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 27 Ogos 2020 di Mayor’s Courtyard, Jalan Tangsi KLWBC2020, Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah bengkel terjemahan, sesi bual bicara buku dalam talian dan jerayawara IIUM Press. Penganjuran aktiviti ini telah menunjukkan kemampuan penterjemah untuk menterjemahkan buku dalam pelbagai genre dan bahasa. Seminar ini akan diadakan dalam bentuk kertas pembentangan kertas kerja mengikut sesi yang ditetapkan dan para peserta diberi peluang untuk sesi soal jawab. Sebuah buku hasil daripada pembentangan ini juga akan diterbitkan oleh IIUM Press. TEMA “Pengalaman dan Cabaran Mutakhir Penterjemahan di Malaysia” OBJEKTIF i. Untuk menyediakan pentas kepada penterjemah untuk berdebat, bertukar pendapat dan berkongsi idea, pengetahuan, pengalaman dalam kerja-kerja penterjemahan bagi meningkatkan kualiti terjemahan. ii. Untuk melahirkan lebih ramai penterjemah yang mempunyai kemahiran terjemahan merangkumi semua aspek pengetahuan dalam bidang terjemahan. iii. Untuk menggalakkan penerbitan karya terjemahan dalam pelbagai genre sebagai bahan bacaan kepada masyarakat dan pasaran global. SKOP PEMBENTANGAN • Terjemahan dan budaya • Terjemahan dan etika • Teknologi terjemahan • Terjemahan cerita rakyat • Terjemahan buku agama • Terjemahan biografi • Tema - tema lain yang berkaitan dengan bidang penterjemahan

RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy