Seminar Penterjemahan Kebangsaan

2| Seminar Penterjemahan Kebangsaan Kata-kata Aluan Rektor UIAM Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak Assalamualaikum w.r.t. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam buat junjungan abadi Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan seluruh Sahabat baginda. Pandemik Covid19 benar-benar memberikan impak terhadap segenap aspek kehidupan kita sebagai seorang insan. Namun sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)” (Surah al-Sharh 94: 5-6) Allah SWT mentakdirkan kita untuk mendepani proses ini, justeru semoga setiap daripada usaha kita mengatasinya dinilai sebagai kebajikan di sisi-Nya. Sebagai penterjemah dan penerbit karya-karya terjemahan yang merupakan jambatan pembangunan sebuah tamadun dan peradaban manusia, sudah pasti ujian ini meninggalkan kesan yang tersendiri. Justeru seminar ini diharapkan dapat merakam dan dijadikan rujukan pada masa depan bagaimanakah para penterjemah dan penerbit menghadapinya. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan seminar khususnya IIUM Press, Jabatan Perpustakaan & Sains Maklumat (UIAM), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Perpustakaan Kuala Lumpur, Sekretariat KLWBC2020 dan semua pihak yang terlibat sama ada sebagai pembentang ataupun peserta. Selamat berseminar, terima kasih. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy