Seminar Penterjemahan Kebangsaan

Seminar Penterjemahan Kebangsaan |9 Pengalaman sulung menterjemah buku separa akademik bahasa Melayu bertemakan halal ke bahasa Inggeris: Motivai, strategi dan strategi YUMI ZUHANIS HAS-YUN HASHIM Institut Penyelidikan dan Latihan Halal dan Antarabangsa (International Institute for Halal Research and Training, INHART), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yumi@iium.edu.my ~ ABSTRAK ~ Kertas kerja ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman sulung, motivasi, cabaran dan strategi di sebalik kerja-kerja penterjemahan sebuah buku bertemakan halal dalam bahasa asal Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Karya terjemahan yang dihasilkan bertajuk Management of Halal Food Quality diterbitkan oleh IIUM Press. Karya ini merupakan salah satu judul dalam Projek Buku Terjemahan IIUMbersempena Kuala LumpurWorld Book Capital (KLWBC2020). Naskhah asal bertajuk Pengurusan Kualiti Makanan Halal telah diangkat daripada tesis kedoktoran penulis Norazilawati Md Dahlal dan merupakan salah satu judul dalam projek Kerjasama antara Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) di Universiti Sains Malaysia dengan Dewan Bahasa danPustaka. Sumbangan utama karyamenjurus kepada kaedah pengurusan kualitimakanan halal melalui tasawur Islam sebagai acuan pengurusan beteraskan Islam untuk penyelesaian yang komprehensif dan holistik. Karya separa akademik ini penting untuk mengisi kelompongan bahan bacaan serius tetapi sesuai untuk umum dalam bidang halal. Terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris dilihat mampu menjadi agen dakwah dan kesedaran halal merentas sempadan bahasa, budaya dan negara. Ini merupakan salah satu motivasi yang mendorong penterjemah menyahut cabaran untuk menterjemah karya ini. Sebagai orang baru dalam bidang penterjemahan serta berlatar belakang sains tulen dan teknologi, pelbagai cabaran dihadapi termasuklah lenggok bahasa buku asal serta teori, konsep dan istilah teknikal bidang makanan, pengurusan dan syariah. Walaubagaimanapun, cabaran ini dapat diatasi dengan strategi dan pendekatan tertentu. Pengkongsian turut memuatkan refleksi dan harapan penterjemah agar buku ini dapat memberi manfaat sejagat sesuai dengan tema halal yang diketengahkan.  KATA KUNCI Motivasi, cabaran, strategi, pengurusan kualiti, halal, tasawur

RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy