Seminar Penterjemahan Kebangsaan

Seminar Penterjemahan Kebangsaan |7 Pengalaman menterjemah dan menyunting karya besar dunia: Integrasi aspek logik, semantik dan pragmatik ZAHARI MAHMUD Institut Terjemahan & Buku Malaysia zahari_mahmud@yahoo.com ~ ABSTRAK ~ Terjemahan adalah selok-belok pemindahan makna dan maksud penulis yang terakam dalam teks bahasa asal ke dalam teks bahasa sasaran, pancaran minda penulis kepada minda pembaca merentasi rintangan bahasa yang dihubungkan oleh proses dan seni terjemahan. Semantik, kajian tentang makna, atau lebih tepat ialah kajian tentang hubungan antara ujaran linguistik dan makna- maknanya, manakala piagmatik, kajian konteks, atau lebih tepat, kajian tentang cara konteks boleh mempengaruhi kefahaman kita tentang ujaran linguistik; adalah dua elemen linguistik yang amat penting dalam terjemahan. Wittgenstein (1889- 1952) yang mengusulkan Teori Makna: Penggunaan atau Kontekstual berpandangan bahawa adalah salah untuk menganggap makna sebagai entiti. Menurut beliau makna apa-apa ujaran linguistik, sama ada perkataan atau ayat ditentukan oleh konteks penggunaannya. Dalam kertas kerja ini, pembentang akan berkongsi pengalaman menterjemah/menyunting Karya Besar Dunia seperti Masnawi oleh Jalaluddin Rumi, Sidang Unggas oleh Fariduddin Attar, Christian Ethics dan Cultural Atlas of Islam oleh Ismail Faruqi, Satire oleh Arthur Pollard, Almayers Folly oleh Joseph Conrad, dan teks pelbagai genre dengan mengintegrasikan aspek logik, semantik dan pragmatik bahasa dalam proses terjemahan. Penguasaan aspek semantik menjadi teras ketulenan terjemahan dan kejujuran penterjemah dan penyunting kepada penulis karya asal. Kemahiran bahasa sahaja tidak mencukupi, kemampuan membuat rujukan istilah, laras bidang, konteks penggunaan dan penguasaan atau kefahaman akan ilmu bidang amat penting. Akhir sekali aspek estetika wacana sastera dalam puisi dengan penggunaan ungkapan figuratif, metafora, hiperbola, simili, anomatopia dan sebagainya yang bersifat abstrak dan subjektif memerlukan kefahaman akan yang tersirat pada yang tersurat. KATA KUNCI Teori makna, semantik, pragmatilc, estetika bahasa, metafora, ujaran linguistik

RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy