Seminar Penterjemahan Kebangsaan
20| Seminar Penterjemahan Kebangsaan Cabaran projek buku terjemahan IIUM Press sempena KLWBC2020 dan pandemic Covid19 ROOSFA HASHIM IIUM Press roosfa@iium.edu.my AHMAD ZAHIRUDDIN MOHD ZABIDI IIUM Press zahiruddinzabidi@iium.edu.my NIK ZAINUN NIK MOOD IIUM Press nikzainun@iium.edu.my ~ ABSTRAK ~ Makalah ini bertujuan pertama, membentangkan pengalaman melaksanakan projek buku terjemahan di IIUM Press bersempena penganugerahan status Kota Buku 2020 kepada Kuala Lumpur. Kedua, makalah ini juga membincangkan cabaran yang terpaksa dilalui oleh IIUM Press dalam menyempurnakan projek ini. Ketiga, makalah ini turut menghuraikan beberapa strategi yang diambil oleh IIUM Press bagi menangani dan mengatasi setiap cabaran dan ujian yang dihadapi bagi menguruskan projek ini. Data dan maklumat tentang perjalanan dan pelaksanaan projek ini diperolehi daripada sumber dalaman IIUMPress. Kajian ini mendapati wabak pandemik COVID-19 menjadi cabaran utama dalam melaksanakan Projek Buku Terjemahan IIUM Press. Akibat Printah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh dunia telah memberikan kesan yang melambatkan kerja-kerja perolehan hak menterjemah daripada penerbit asal buku yang dipilih. Antara strategi yang diambil oleh IIUM Press dalam menjayakan projek ini ialah dengan mewujudkan unit penterjemahan di IIUM Press, menganjurkan bengkel dan latihan penterjemahan, menganjurkan sesi wacana penterjemahan, menawarkan kadar upah terjemahan yang kompetitif, mewujudkan beberapa aktiviti sinergi dalam kegiatan penerbitan penterjemahan, penerbitan bersama dengan penerbit lain dan beberapa langkah lain yang banyak membantu perjalanan projek ini. Sebagai kesimpulan, Projek Buku Terjemahan IIUM Press telah berjalan dengan baik kerana telah dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan. KATA KUNCI Penterjemahan di Malaysia, penterjemah, IIUM Press
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy