Seminar Penterjemahan Kebangsaan
Seminar Penterjemahan Kebangsaan |19 Prosedur dan strategi dalam terjemahan elemen budaya Melayu ke dalam bahasa Inggeris HASLINA HAROON Universiti Sains Malaysia haslina@usm.my ~ ABSTRAK ~ Terjemahan boleh dilihat sebagai satu bentuk komunikasi antara budaya yang berbeza. Dalam konteks terjemahan sastera, hal ini tentunya melibatkan rujukan budaya dan usaha untuk mencari strategi dan prosedur yang paling sesuai untuk menyampaikan makna yang didukung oleh rujukan budaya tersebut. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti prosedur dan strategi yang digunakan dalam terjemahan rujukan budaya daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, dengan memberikan perhatian khusus kepada novel Rentung oleh Shahnon Ahmad, dan terjemahannya dalam bahasa Inggeris, Rope of Ash, oleh Harry Aveling. Untuk melaksanakan kajian ini, elemen budaya dalam teks sumber dikenal pasti, diklasifikasikan dan dipetakan pada terjemahannya dalam bahasa Inggeris. Dengan menggunakan kaedah analisis perbandingan pada pasangan elemen budaya tersebut, prosedur terjemahan yang digunakan dikenal pasti berdasarkan taksonomi strategi dalam terjemahan elemen budaya oleh Pedersen (2005). Prosedur-prosedur ini kemudiannya diklasifikasikan dengan menggunakan taksonomi yang sama untuk mengenal pasti strategi terjemahan yang digunakan. Analisis yang dilakukan berjaya mengenal pasti 54 rujukan budaya Melayu. Rujukan budaya ini kemudiannya diklasifikasikan menggunakan tipologi budaya yang dibentuk berdasarkan data yang dikutip. Pemetaan rujukan budaya ini kepada padanannya dalam bahasa Inggeris menunjukkan bahawa beberapa prosedur terjemahan digunakan. Penggantian dan generalisasi merupakan prosedur yang lazim digunakan oleh penterjemah. Penggunaan prosedur ini menunjukkan bahawa penterjemah secara amnya menggunakan strategi yang berorientasikan bahasa sasaran dalam menterjemah. Walaupun terdapat pelbagai faktor yang mungkin mempengaruhi pilihan penterjemah dari segi prosedur dan strategi terjemahan, pendekatan yang diambil oleh penterjemah dapat dikaitkan dengan hasrat untuk mematuhi beberapa norma khusus dalam terjemahan . KATA KUNCI Elemen budaya, prosedur terjemahan, strategi terjemahan, padanan, norma
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy