Seminar Penterjemahan Kebangsaan
18| Seminar Penterjemahan Kebangsaan Pengalaman menterjemah cerita rakyat pelbagai negara oleh penterjemah berlatarbelakang sains dan teknologi IDA FARAH AHMAD Institut Penyelidikan Perubatan idafarah5875@gmail.com ROSLINDAWATI HARON Qalam Hijrah Network roslindawatiharon@gmail.com SAIDATUL HUSNA SAIFUL NIZAM Persendirian saidatulhn12@gmail.com ~ ABSTRAK ~ Ramai yang suka membaca cerita rakyat kerana kisahnya yang sangat versatil. Ada kisah haiwan yang boleh bercakap, kisah rakyat biasa, kisah putera puteri dan raja-raja, bahkan kisah gergasi, kisah dewa dewi dengan kuasa ajaib dan lain-lain. Kepelbagaian ragam cerita ini menjadikan cerita rakyat seronok dibaca, baik oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Boleh dikatakan bahawa setiap negara di dunia ini mempunyai cerita raknyatnya yang tersendiri. Dalam kertas kerja ini, penulis akan berkongsi kisah dan cabaran penulis dalam menterjemah cerita rakyat yang baru saja penulis hadapi. Jika penulis berlatarbelakang sastera, mungkin sudah mempunyai pengalaman mengendali bahan seperti cerita rakyat. Namun, dengan berlatarbelakangkan Sains & Teknologi, penulis berasa tugasan menterjemah cerita rakyat ini sangat mencabar minda dan kebolehan penulis dalam mencari kosa kata yang sesuai. Di sini, penulis juga akan berkongsi pengalamannya dan teknik yang dilakukan dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Walaupun ramai penterjemah hebat yang terlibat dalam projek terjemahan cerita rakyat ini, setiap penterjemah pasti mempunyai pengalaman yang berbeza memandangkan cerita-cerita rakyat yang diterjemah bersumber daripada pelbagai negara. Penulis sendiri mendapat cerita rakyat dari negara Kuwait, Netherlands, Laos, Vietnam danArab Saudi. Boleh dikatakan bahawa setiap negara pasti mempunyai cerita unik dengan elemen sakti yang menggambarkan watak utamanya mempunyai kuasa yang sangat kuat, ataupun merupakan manusia biasa yang melalui situasi luar biasa. Oleh sebab itu, penulis berasa terpanggil untuk saling berkongsi pengalaman dalam terjemahan yang menarik ini dengan harapan ada yang mendapat manfaat daripada perkongsian ini. KATA KUNCI Sains dan teknologi; cerita rakyat; budaya; sastera antarabangsa; pengalaman menterjemah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy