Seminar Penterjemahan Kebangsaan
Seminar Penterjemahan Kebangsaan |17 Aspek budaya, sejarah dan agama dalam menterjemah Manucript Found In Accra ke bahasa Melayu IRNI FAZRITA FARID Penterjemah Bebas iff.nzg@gmail.com ~ ABSTRAK ~ Naskhah Dari Accra adalah novel fiksyen yang ditulis oleh Paul Coelho, seorang novelis Brazil. Dia telah menulis 33 buah novel asalnya dalam bahasa Portugis sejak tahun 1974 hingga 2020. Paul Coelho berpegangan RomanKatolik. Latar belakang novelnya secara alamiahnyamenggambarkan agama Kristian dalam jalan ceritanya. Selain itu, latar belakang novel itu juga berdasarkan peristiwa bersejarah pada masa sebelum pencerobohan pasukan Perancis ke Jerusalem. Tambahan pula, watak-watak novel ini dipelbagaikan dalam budaya tiga agama, Islam, Kristian, dan Yahudi. Dalam kertas kerja ini, penulis ingin berkongsi pengalamannya dalam menterjemahkan novel pertamanya, penyelidikan dan kaedahnya yang digunakan dalam terjemahan dan hasil pembelajaran perjalanan membaca dan terjemahannya. Kajian semasa menterjemah terutamanya melalui carian Internet mengenai ulasan novel dan video YouTube mengenai wawancara oleh Paul Coelho serta pembacaan peribadinya mengenai novel Paul Coelho sebelumnya. Kaedah yang digunakan dalam karyanya adalah terjemahan harfiah, transposisi, dan modulasi. Penulis mengekalkan terjemahan penuh bentuk novel berdasarkan usaha terbaik berdasarkan terjemahan bahasa Inggeris tanpa merujuk kepada teks asal dalam bahasa Portugis. Kemudian, penulis membaca hasil terjemahan terhadap sumber teks untuk pengesahan dan penyuntingan sendiri. Akhirnya, penulis akan menyimpulkan dengan hasil pembelajaran terjemahan fiksyen daripada aspek sejarah, nilai-nilai universal dan kepercayaan antara agama. KATA KUNCI Terjemahan fiksyen, nilai universal antara agama, strategi terjemahan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy