Seminar Penterjemahan Kebangsaan

16| Seminar Penterjemahan Kebangsaan Terjemahan metafora dalam novel Majdulin karya Almanfaluti MUHAMMAD ANWAR AHMAD International Islamic University Malaysia m_anwar@iium.edu.my NURSAFIRAAHMAD SAFIAN International Islamic University Malaysia nursafira@iium.edu.my ~ ABSTRAK ~ Penterjemahanmetafora sering dikira sebagai salah satumasalah ketidakbolehanmenterjemah. Hal ini kerana metafora umumnya terkait dengan sesuatu secara tidak langsung. Oleh yang demikian ia rumit dan sukar diterjemah. Metafora juga dipengaruhi oleh budaya. Maka, penterjemah harus teliti dalam penterjemahan metafora. Justeru, kajian ini menfokuskan kepada aspek terjemahan metafora ke dalam Bahasa Melayu yang terdapat dalam novel Majdulin karya Mustafa Lutfi al- Manfaluti terjemahan Adli Yaacob. Objektif utama kajian ialah menganalisis kaedah terjemahan yang sesuai bagi penterjemahan metafora dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu bagi teks novel. Ini dilakukan melalui kaedah dan pendekatan penterjemahan metafora yang dikemukakan oleh Peter Newmark. Data kajian ini diambil dari teks novel Majdulin oleh al-Manfaluti yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Adli Yaacob terbitan IIUM Press tahun 2020. Memandangkan terjemahan novel ini baru sahaja selesai diterbitkan tahun lepas maka belum ada apa-apa kajian dilakukan terhadapnya. Sebelum ini novel Majdulin telahpun diterjemah ke dalam Bahasa Indonesia olehA.S. Al-Attas. Dikatakan bahawa penterjemahan ke Bahasa Indonesia itu didorong kuat oleh polemik yang menuduh HAMKA memplagiat Majdulin untuk karyanya Tenggelamnya Kapal van der Wijck . Atas latar belakang tersebut kajian ini melihat kepentingan mengkaji karya terjemahan ini. KATA KUNCI Metafora; penterjemahan metafora; terjemahan Arab-Melayu; novel Majdulin

RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy