Seminar Penterjemahan Kebangsaan

Seminar Penterjemahan Kebangsaan |13 Penelitian aspek budaya dan sejarah dalam proses terjemahan Debu Hiroshima daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris NUR ’ATIKAH HALIM BASHAH AH Documentation & Consultancy atikah_halim@outlook.com ~ ABSTRAK ~ Penterjemahan memainkan peranan yang besar dalam peradaban dunia dan perkembangan ilmu pengetahuan merentasi sempadan geografi dan budaya. Novel yang bertajuk Debu Hiroshima hasil karya Othman Puteh menyingkap kehidupan seorang anak muda iaitu Abdul Razak, yang menyambung pengajiannya ke Jepun pada tahun 1943 dalam bidang pendidikan. Kisahnya sebelum bertolak ke Jepun, sepanjang meneruskan pengajiannya di sana dan selepas kepulangannya ke tanah air dibukukan dalam novel ini. Beliau merupakan satu-satunya pelajar dari Tanah Melayu yang terselamat daripada tragedi pengeboman bom atom di Hiroshima pada 6 Ogos 1945. Buku ini diterjemah dalam Bahasa Inggeris dan versi terjemahannya iaitu “Ashes of Hiroshima” dilancarkan pada 6 Ogos 2020, 75 tahun setelah berlakunya tragedi ini. Kertas kerja ini bakal menelusuri aspek budaya dan sejarah dalam penterjemahan karya ini daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Latar belakang teks sumber, analisis makro dan analisis mikro diteliti terlebih dahulu sebelum isu budaya dan sejarah ditangani semasa terjemahan dilakukan. Setelah meneliti batasan dari segi budaya dan sejarah, pendekatan fungsian yang mengutamakan fungsi dan tujuan terjemahan digunakan, sejajar dengan gagasan Nord. Pendekatan terjemahan ini lebih menjurus pada pemindahan budaya, bukannya linguistik, dengan bertumpu pada kepadaan ( adequacy ) bukannya kesetaraan ( equivalence ). Prosedur terjemahan yang diguna pakai bagi menyokong strategi tersebut melibatkan persamaan fungsional ( functional equivalence ), pemindahan ( transference ), pinjam terjemah ( through translation ), naturalisasi, literal, persamaan budaya ( cultural equivalence ), persamaan fungsional, persamaan deskriptif, pengembangan, dan parafrasa. Aspek sejarah dan budaya cuba dikekalkan dalam teks terjemahan (TT) manakala gaya bahasa dan mesej yang dibawa oleh pengarang asal diolah dalam TT supaya cenderung pada bahasa sasaran. Perubahan dilakukan demi menjadikan bahasa dalam TT lebih sejadi dan bersahaja supaya pembaca sasaran memperoleh kesan yang sehampir mungkin seperti pembaca teks asal. KATA KUNCI Fungsian; budaya; sejarah; persamaan fungsional; pemindahan budaya

RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy