Seminar Penterjemahan Kebangsaan

12| Seminar Penterjemahan Kebangsaan Cabaran pasca penyuntingan terjemahan mesin kepada bahasa Inggeris daripada berita bahasa Melayu Singapura dalam laman sesawang forum ROSLINDAWATI HARON roslindawatiharon@gmail.com MOHD AZLAN AHMAD mohd.azlan.bin.ahmad1@gmail.com ~ ABSTRAK ~ Pasca suntingan terjemahan mesin atau dalam bahasa Inggerisnya, machine translation post- editing (MTPE) bukanlah sesuatu yang baharu dalam terjemahan. Disebabkan ini, satu inisiatif telah diambil oleh sebuah agensi swasta di Singapura sejak beberapa tahun lepas untuk menterjemahkan berita bahasa Melayunya serta beberapa forum di laman sesawang kepada bahasa Inggeris. Inisiatif ini diambil bagi membolehkan semua lapisan masyarakat Singapura mampu memahami semua berita yang diterbitkan dan forum yang ada dalam laman sesawang kerana umum mengetahui bahawa majoriti warga Singapura lebih mahir berbahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Projek yang berlangsung dari tahun 2018 ini masih berlangsung kini dan sangat menarik kerana melibatkan pelbagai emosi semasa proses penyuntingan berlangsung. Kertas kerja ini akan mempersembahkan pengalaman penulis dan rakan-rakan sepasukan dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Perbezaan bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Singapura adalah antara cabaran yang dihadapi semasa proses kerja berlangsung. Selain itu, terdapat juga keperluan mendapatkan sumber asal teks bagi memahami dengan jelas tentang berita atau forum yang sedang disunting. Memandangkan kedua-dua sumber teks adalah berbeza dari segi laras bahasanya, maka terdapat perbezaan yang ketara dalammenangani setiap isu dan cabaran yang dihadapi. Di sini, selain cabaran yang dihadapi, penulis juga akan berkongsi cara penulis dan rakan melakukan carian dan suntingan bagi memudahkan kerja-kerja suntingan terjemahan mesin tersebut. Sepanjang enam bulan bagi projek pertama iaitu berita bahasa Melayu, penulis dan rakan sepasukan berjaya menyunting hampir tiga puluh ribu pasangan ayat. Bagi projek kedua dan ketiga yang melibatkan laman sesawang forum, penulis dan rakan berjaya menyiapkan lebih lima puluh ribu ayat dalam tempoh yang hampir sama bagi setiap projek. Diharapkan perkongsian pengalaman penulis dapat memberi input baharu kepada bakal penterjemah dan juga penterjemah lain.  KATA KUNCI Penyuntingan, terjemahan, berita bahasa Melayu, Singapura

RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy