Seminar Penterjemahan Kebangsaan
Seminar Penterjemahan Kebangsaan |11 Pemikiran kritis dan kreatif dalam terjemahan kisah rakyat negara Jepun SITI INNARAH HASIM @ HASHIM International Islamic University Malaysia inarahhasim@iium.edu.my NURULANUAR KARI @ KHARI nurulanuar2@gmail.com ~ ABSTRAK ~ Konsep penyelesaian masalah merujuk kepada proses mental dalam mengenalpasti, menganalisis dan mengatasi kekangan dalam mencapai sasaran tertentu. Dua jenis proses kognitif utama telah dikenal pasti dalam konsep penyelesaian masalah, iaitu pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Pelbagai bidang telah mendapat manfaat daripada konsep penyelesaian masalah, termasuk bidang bahasa dan penterjemahan. Melalui kertas pembentangan ini penulis membincangkan proses penterjemahan lima kisah rakyat negara Jepun ( Momotaro, The Star Lovers, The Crab and The Monkey, The Jelly-fish Takes a Journey, and The Mirror of Matsuyama ) dari sudut konsep penyelesaian masalah. Tiga peringkat penterjemahan digunakan untuk menggambarkan proses ini, iaitu analisis bahan sumber asal, langkah terjemahan teks itu sendiri dan seterusnya suntingan teks terjemahan itu. Peringkat pertama dan ketiga menggunakan jenis pemikiran kritis atau pemikiran bertumpu, sementara peringkat kedua (proses menterjemah itu sendiri) digambarkan mengikut pemikiran kreatif atau pemikiran mencapah. Akhir sekali, penulis merumuskan bahawa dengan memanfaatkan prinsip dan konsep penyelesaian masalah ini mungkin dapat meningkatkan rasa keyakinan terhadap kemahiran diri dalam melaksanakan tugas penterjemahan. Bagaimanapun, kerja berulang-kali dan pengukuhan teori dalam pengajian penterjemahan juga penting untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang terjemahan. KATA KUNCI Terjemahan, kisah rakyat negara Jepun, penyelesaian masalah, pemikiran kritis, pemikiran kreatif
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy