Undergraduate Brochure
UJIAN KEFASIHAN BAHASA INGGERIS DAN BAHASA ARAB Semua pelajar yang menerima tawaran kemasukan ke IIUM diwajibkan menduduki Ujian Kefasihan Bahasa Inggeris ( English Proficiency Test - EPT ) dan Ujian Kefasihan Bahasa Arab ( Arabic Proficiency Test - APT ) yang dianjurkan oleh Universiti ini. Pelajar-pelajar yang akan mengikuti program di mana bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab, perlulah memenuhi keperluan program bahasa dalam tahun pertama pengajian atau sekurang-kurangnya satu semester berdasarkan keputusan daripada Ujian Kefasihan Bahasa. Walaubagaimanapun, terdapat kategori pelajar yang tidak perlu menduduki Ujian Kefasihan Bahasa Inggeris dan akan terus diterima masuk ke tahun pertama pengajian sekiranya mereka memperolehi sekurang-kurangnya 550 markah untuk TOEFL ( Test of English as a Foreign Language ) atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang: centre.iium.edu.my/celpad/ 49
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy