Undergraduate Brochure
FALSAFAH MISI & VISI Falsafah IIUM adalah berasaskan kepercayaan kepada menuntut ilmu merupakan satu Ibadah yang berterusan dan Amanah yang diwajibkan oleh Allah (S.W.T.) ke atas manusia. Ilmu yang diperoleh seharusnya memandu manusia kepada pengiktirafan Allah (S.W.T.) sebagai Pencipta Mutlak dan Tuhan Semesta Alam. Pengiktirafan secara menyeluruh dan tanpa kompromi terhadap Allah (S.W.T.) sebagai “Tuhan yang menguasai Dunia ( Rabb al-’ālamīn ) adalah taraf tertinggi dalam hierarki ilmu”. Falsafah ini adalah berdasarkan kepada lima ayat pertama Surah al-’Alaq , surah ke 96 di dalam Al-Qur’an dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan IIUM. Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan: Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku! Bacalah! dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Kelima-lima ayat ini menekankan bahawa ilmu pengetahuan hendaklah diperolehi, dihayati dan disebarkan atas nama Allah (S.W.T.) dan ilmu pengetahuan ini hendaklah diperolehi secara mempelajarinya menggunakan akal dan ilmu wahyu. Ilmu yang berasaskan gabungan harmoni ilmu wahyu dan akal sudah pasti akan mengangkat manusia kepada kedudukan yang tinggi dan dihormati. Ilmu yang diperolehi hanya berpandukan akal tanpa bimbingan wahyu adalah tidak lengkap dan pastinya tidak memberi keuntungan kepada manusia. Melaksanakan tugas khusus yang sangat diperlukan untuk mereformasi mentaliti Muslim kontemporari dan mengintegrasi Pengetahuan serta Ilmu Pengetahuan Islam yang terungkap secara positif. Menghasilkan golongan intelektual, profesional dan cedekiawan yang lebih berkualiti dengan menyatukan sifat-sifat keimanan (’ īmān ), pengetahuan ( ’ilm ), dan akhlak yang baik ( akhlaq ) sebagai agen kemajuan yang komprehensif dan seimbang seiring dengan pembangunan lestari di Malaysia dan dunia Islam. Memupuk nilai Islam dalam etika staf akademik dan pentadbiran IIUM yang Muslim serta aspek pengetahuan manusia tertentu - terutama dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan - dengan tujuan menjadikannya lebih berguna dan relevan dengan Ummah Muslim. Memupuk kualiti kecemerlangan holistik yang disemai dengan nilai-nilai moral-spiritual Islam, dalam proses pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan, pentadbiran dan kehidupan pelajar. Merujuk komuniti antarabangsa yang terdiri daripada intelektual, sarjana, profesional, pegawai dan pekerja yang sentiasa bermotivasi menjadikan pandangan dunia dan kod etika Islam sebagai sebahagian daripada budaya kerja mereka. Meningkatkan pemahaman antara budaya dan menggalakkan dialog peradaban di Malaysia serta pelbagai masyarakat dan negara. Mengembangkan persekitaran dengan penuh komitmen untuk pembelajaran sepanjang hayat dan rasa tanggungjawab sosial yang mendalam dalam kalangan staf dan pelajar. 1
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy