41 CONVO BOOK

16 17 INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA International Islamic University Malaysia (IIUM) is the manifestation of one of the major aspirations of Muslim scholars in Malaysia to have an Islamic university in the country in order to lead the ummah in all branches of knowledge. The plan to establish IIUM was revealed by Tun Dr Mahathir Mohamad, former Prime Minister of Malaysia, on 12 th January 1982 after deliberating with the Education Minister, senior government officers and senior academics from local universities of that time. The university was officially established on 20 th May 1983 by the Government of Malaysia. The first Constitutional Head of IIUM was His Royal Highness AlmarhumSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, the then Sultan of Pahang. He was appointed to this esteemed position on 1 st July 1983, shortly after the university's establishment on 20 th May 1983. As the Constitutional Head, Sultan Ahmad Shah played a pivotal role in providing royal patronage and guidance during the formative years of IIUM, reinforcing its mission to integrate Islamic values with academic excellence. His leadership set the foundation for IIUM's development as a premier Islamic institution of higher learning.​ Following his tenure, the role of Constitutional Head was succeeded by Her Majesty Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, who was appointed on 12 th April 2019. IIUM was founded under the Companies Act 1965 that enables it to use English and Arabic as the mediums of instruction, which enhances its orientation as a global university. IIUM integrates Islamic values and worldview into its humanities, scientific and technical curriculum, befitting the university’s slogan “The Garden of Knowledge and Virtue”. This is reflected in IIUM’s educational philosophy and logo. IIUM aspires to restore the roles of Muslims in the field of education, exploration and creation of knowledge that will contribute toward the improvement of humankind's quality of life. To ensure the delivery of high-quality education, IIUM amalgamated successful academicians and committed professionals in their team. In addition to academic excellence, IIUM ensures that students are trained to be professional and responsible individuals with high morals and values. Along with academic excellence, lifelong education, management and entrepreneurial skills, leadership skills are also emphasised. IIUM also stresses on the development of good ethics or ‘budi’ as part of its education process to ensure students possess good character. This is in line with Islamic teachings that emphasise the development of a good personality. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah manifestasi salah satu aspirasi para sarjana Islam di Malaysia untuk menubuhkan sebuah universiti Islam di Malaysia yang bertujuan untuk menerajui umat Islam dalam semua cabang ilmu. Rancangan penubuhan UIAM telah diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia, pada 12 Januari 1982 selepas perbincangan bersama Menteri Pendidikan, pegawai kanan kerajaan dan ahli akademik kanan universiti tempatan. Universiti ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 20 Mei 1983 oleh Kerajaan Malaysia. Ketua Perlembagaan pertama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, yang merupakan Sultan Pahang ketika itu. Baginda telah dilantik ke jawatan ini pada 1 Julai 1983, tidak lama selepas penubuhan UIAM pada 20 Mei 1983. Sebagai Ketua Perlembagaan, Sultan Ahmad Shah memainkan peranan penting dalam memberikan naungan diraja dan panduan kepada universiti semasa tahun-tahun awal penubuhannya, sekali gus mengukuhkan misi UIAM untuk mengintegrasikan nilai-nilai Islam dengan kecemerlangan akademik. Kepimpinan baginda telah meletakkan asas kukuh bagi pembangunan UIAM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang unggul. Selepas tempoh perkhidmatan baginda, jawatan Ketua Perlembagaan telah disandang oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang telah dilantik pada 12 April 2019. UIAM telah diasaskan di bawah Akta Syarikat 1965 yang membolehkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar yang akan memperkasakan orientasinya sebagai universiti bertaraf global. UIAM menggabungkan nilai-nilai Islamik dan sudut pandangan dunia ke dalam pelbagai bidang yang merangkumi bidang kemanusiaan, saintifik dan teknikal, sesuai dengan slogan universiti “Taman Ilmu dan Budi”. Perkara ini terserlah melalui logo dan falsafah pendidikan UIAM. UIAM berhasrat untuk mengembalikan peranan umat Islam sebagai peneraju dalam bidang pendidikan, penerokaan dan penghasilan ilmu ke arah menyumbang kepada penambahbaikan kualiti kehidupan manusia sejagat. Demi memastikan kualiti pendidikan yang tinggi, UIAM menggabungkan golongan ilmuwan yang berjaya serta para profesional yang komited dalam pasukan pendidiknya. Sebagai penambahan kepada kecemerlangan akademik, UIAM sentiasa memastikan bahawa para pelajar telah dilatih untuk menjadi individu yang bertanggungjawab, memiliki akhlak terpuji, nilai yang tinggi dan profesional. Selain daripada itu pendidikan sepanjang hayat, kemahiran pengurusan dan keusahawanan serta kemahiran kepimpinan turut diberi penekanan. UIAM memberi penekanan kepada keperibadian yang baik atau ‘budi’ sebagai sebahagian daripada proses pendidikan bagi para pelajarnya untuk memastikan mereka memiliki nilai pekerti yang baik. Hal ini adalah selaras dengan ajaran Islam yang menekankan kepada pembinaan sahsiah yang baik. UIAM memiliki beberapa buah kampus merentasi beberapa buah negeri di Malaysia; setiap kampus menyediakan bidang pengajian yang berbeza. Kampus Gombak di Selangor adalah untuk pusat pentadbiran universiti serta Kulliyyah (Fakulti) Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Ekonomi dan Sains Pengurusan, Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan AbdulHamid AbuSulayman, Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kejuruteraan dan Pendidikan. Kampus Gombak menawarkan pelbagai kemudahan termasuk kediaman di dalam kampus, masjid, dua kompleks sukan dengan kolam renang berukuran Olimpik, sebuah perpustakaan yang lengkap dengan lebih daripada 2 juta bahan cetakan dan digital yang disokong oleh pangkalan data dalam talian, pusat perubatan, kedai serbaneka dan tiga buah bank perdagangan Malaysia. Kampus-kampus lain terletak di Kuantan, Kuala Lumpur, Gambang dan Pagoh. Kampus Kuantan terletak di lembah yang dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi seluas 1,000 ekar. Kampus tersebut menempatkan Kulliyyah Perubatan, Pengajian Sains, Farmasi, Sains Kesihatan Bersekutu, Kulliyyah Kejururawatan dan Pergigian. Pusat Asasi UIAM (CFS) terletak di Gambang, juga di negeri Pahang. Kampus Kuala Lumpur di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin menempatkan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC). Sementara itu Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari (KSCTL), UIAM terletak di Hub Pendidikan Pagoh, Johor yang menawarkan kursus-kursus berasaskan Bahasa dan Pengurusan. Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC@IIUM) adalah sebuah pusat perubatan yang dikelolakan oleh UIAM yang telah diiktiraf sebagai pusat perubatan patuh syariah dan dianugerahkan dengan Persijilan MS 1900:2014: Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah. Pusat perubatan ini dilengkapi dengan kemudahan 300 katil, unit rawatan rapi, klinik pakar dan merupakan antara pusat perubatan yang mempunyai teknologi terkini di rantau Pantai Timur. Berdasarkan statistik 2025, setakat ini, IIUM mempunyai 129,128 alumni yang terdiri daripada 108,816 warganegara Malaysia dan 18,885 adalah pelajar antarabangsa. IIUM has several campuses that spread across different states of Malaysia, each providing specific fields of study. The main campus in Gombak, Selangor houses the university’s administration as well as the Ahmad Ibrahim Kulliyyah (Faculties) of Laws, Kulliyyah of Economics and Management Sciences, AbdulHamid AbuSulayman Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, Kulliyyah of Architecture and Environmental Design, Kulliyyah of Information and Communication Technology, Kulliyyah of Engineering, and Kulliyyah of Education. The Gombak campus offers a comprehensive range of facilities, including on-campus residential accommodations and staff housing, with the main masjid at its heart; two state-of- the-art sports complexes featuring Olympic-size swimming pools; a fully equipped library housing more than two million printed and digital resources supported by online databases; a medical clinic; convenience stores; and branches of three Malaysian commercial banks. The other campuses are located in Kuantan, Kuala Lumpur, Gambang and Pagoh. With a land area of 1,000 acres and surrounded by greeneries, the Kuantan campus houses the Kulliyyah of Medicine, Kulliyyah of Science, Kulliyyah of Pharmacy, Kulliyyah of Allied Health Sciences, Kulliyyah of Nursing and Kulliyyah of Dentistry. The IIUM Centre for Foundation Studies (CFS) is located in Gambang, Pahang. As for the Kuala Lumpur Campus at Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, the campus houses the International Institute of Islamic Civilisation and Malay World (ISTAC). Meanwhile, the Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages (KSCTL) is located at the Pagoh Education Hub in the state of Johor. Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC@ IIUM) is a medical centre managed by IIUM that has been recognised as a fully shariah-compliant medical centre and has been awarded with MS 1900: 2014 Certification: Shariah-Based Quality Management. The medical centre is furbished with 300 beds, an ICU, specialist clinics and is a medical centre equipped with state of the art equipment in the East Coast region. Based on 2025 statistics, to date, IIUM has produced 129,128 alumni comprising of 108,816 Malaysians and 18,885 international students.

RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy