38ConvoBook

16 17 38 th IIUM Convocation 2022 38 th IIUM Convocation 2022 LOGO The logo captures the philosophy of combining reason and revelation in seeking, internalising and disseminating knowledge in the name of Allah (SWT), the Creator, Cherisher and Sustainer of the universe. At the centre of the logo is the Qur'ān that contains, the Revelation of Allah (SWT), and the knowledge which is absolute and above all human knowledge. The glorious Qur'ān guides and inspires the pursuit of knowledge in the University. The symbol of the Qur'ān is surrounded by a design of the Ka'bah , the sacred house in Makkah, Saudi Arabia, representing the principle of Tawhīd , the unity of God, of knowledge and of humankind, and the concept of ‘Ibādah , obedience and submission. The eight domes pointing in eight directions represent the different branches of human knowledge and disciplines and are grounded in the common foundation of Tawhīd . Finally, the eight outer domes signify the various Islamic development efforts of humans (social life, culture and civilization, etc.) based on the knowledge and disciplines grounded in Tawhīd . The logo is coloured in gold representing the common principles of Tawhīd, ‘Ibādah, ‘Aqīdah (belief), Sharī'ah (Islamic legal system) and Akhlāq (good morals). Additionally, the use of colour gold symbolises excellence and overall prosperity. Logo IIUM menggambarkan falsafah IIUM yang menggabungkan ilmu akal dan wahyu dalam penyelidikan, penghayatan dan penyebaran ilmu atas nama Allah (SWT) sebagai Pencipta dan Tuhan Semesta Alam. Al-Qur’ān di letak di tengah logo untuk menunjukkan Wahyu dari Allah (SWT), ilmu yang mutlak yang berada di atas semua ilmu-ilmu yang lain. Al-Qur’ān memberi panduan dan inspirasi kepada pencarian ilmu di IIUM. Simbol Al-Qur’ān dikelilingi oleh pola Ka’bah, simbol Baitullah di Mekah untuk memaparkan prinsip Tauhid iaitu keesaan Tuhan, kesatuan ilmu dan umat manusia dan juga konsep Ibadah, iaitu ketaatan dan penyerahan diri kepada Tuhan. Lapan kubah yang setiap satunya menghala ke arah yang berbeza mewakili lapan cabang ilmu dan disiplin manusia yang berbeza namun bertunjang kepada asas Tauhid yang sama. Akhir sekali, lapan kubah luar menandakan pelbagai usaha untuk membangunkan manusia (dalam aspek kehidupan sosial, kebudayaan dan peradaban) berdasarkan kepada ilmu dan disiplin yang bertunjangkan Tauhid. Logo ini diwarnakan dengan warna emas yang menggambarkan prinsip bersama Tauhid, Ibadah, Akidah (kepercayaan) Syariah (sistem perundangan Islam) dan Akhlak (etika). Penggunaan warna emas dalam logo adalah simbolik untuk menggambarkan kecemerlangan dan kemakmuran. LOGO The philosophy of the University is based on the belief that knowledge must be pursued as an ‘Ibādah (continuous worship) and Amānah (a trust) which Allah (SWT) has placed upon humankind. The knowledge pursued should lead to the recognition that Allah (SWT) is the Absolute Creator, Cherisher and Sustainer of the universe. This total and uncompromising recognition of Allah (SWT) "as Rabb al-ālamīn (the Lord of the World) represents the apex in the hierarchy of knowledge". This philosophy is predicated on the first five verses of Sūrat al- 'Alaq ("The Clot"), the 96th surah or chapter of the Qur'ān , which are incorporated in the Constitution of the IIUM. Read! In the name of your Sustainer who created: He created man from a germ-cell. Read! Your Sustainer is the Most Bountiful One who has taught [man] the use of the pen [and] taught man what he did not know. These five verses emphasises the fact that knowledge must be acquired, internalised and disseminated in the name of Allah (SWT) and that this knowledge should be acquired through the pen, intellect, and divine revelation. Knowledge based upon the harmony of revelation and reason would surely elevate men to a position of honour and high status. Knowledge acquired through human reasoning to the neglect of revelation would be incomplete and would not be beneficial to mankind. PHILOSOPHY FALSAFAH Falsafah IIUM adalah berasaskan kepercayaan kepada menuntut ilmu merupakan satu ‘Ibadah yang berterusan dan Amanah yang diwajibkan oleh Allah (SWT) ke atas manusia. Ilmu yang peroleh seharusnya memandu manusia kepada pengiktirafan Allah (SWT) sebagai Pencipta Mutlak dan Tuhan Semesta Alam. Pengiktirafan secara menyeluruh dan tanpa kompromi terhadap Allah (SWT) sebagai “Tuhan yang menguasai Dunia (Rabb al-alamin) adalah taraf tertinggi dalam hierarki ilmu”. Falsafah ini adalah berdasarkan kepada lima ayat pertama Surat al-‘Alaq, surah ke 96 di dalam Al-Qur’an dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan IIUM. Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan: Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku! Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Kelima-lima ayat ini menekankan bahawa ilmu pengetahuan hendaklah diperolehi, dihayati dan disebarkan atas nama Allah (SWT) dan ilmu pengetahuan ini hendaklah diperolehi secara mempelajarinya menggunakan akal dan ilmu wahyu. Ilmu yang berasaskan gabungan harmoni ilmu wahyu dan akal sudah pasti akan mengangkat manusia kepada kedudukan yang tinggi dan dihormati. Ilmu yang diperolehi hanya berpandukan akal tanpa bimbingan wahyu adalah tidak lengkap dan pastinya tidak memberi keuntungan kepada manusia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy