38ConvoBook
12 13 38 th IIUM Convocation 2022 38 th IIUM Convocation 2022 INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA Economics and Management Sciences, AbdulHamid AbuSulayman Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, Kulliyyah of Architecture and Environmental Design, Kulliyyah of Information and Communication Technology, Kulliyyah of Engineering, and Kulliyyah of Education. The Gombak campus offers a complete range of facilities including on-campus residential facilities and staff housing, the main masjid at its centre, two state-of-the-art sports complexes with Olympic-sized swimming pools, a fully equipped library with more than two million printed and digital materials supported by online databases, a medical clinic, convenience stores, a post office and three Malaysian commercial banks. The other campuses are located in Kuantan, Kuala Lumpur, Gambang and Pagoh. With land area of 1,000 acres and surrounded by greeneries, the Kuantan campus houses the Kulliyyah of Medicine, Kulliyyah of Science, Kulliyyah of Pharmacy, Kulliyyah of Allied Health Sciences, Kulliyyah of Nursing and Kulliyyah of Dentistry. The IIUM Centre for Foundation Studies (CFS) is located in Gambang, Pahang. As for the Kuala Lumpur Campus at Persiaran Duta, the campus houses the International Institute of Islamic Civilisation and Malay World (ISTAC). Meanwhile, the Kulliyah of Language Managent is housed in the IIUM Campus located at Pagoh Education Hub in the state of Johor. Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC@ IIUM) is a medical centre managed by IIUM that has been recognized as a fully shariah-compliant medical centre and has been awarded with MS 1900: 2014 Certification: Shariah -Based Quality Management. The medical centre is equipped with 300 bed facilities, ICU, specialist clinics and is one of the medical centres with the latest technology in the East Coast region. Based on 2022 statistics, the IIUM student population on campus is 22,900 students from 76 countries. To date, IIUM has produced 114,326 alumni comprising of 97,459 Malaysians and 16,867 international students. International Islamic University Malaysia (IIUM) is the manifestation of one of the major aspirations of Muslim scholars in Malaysia to have an Islamic university in the country in order to lead the ummah in all branches of knowledge. The plan to establish IIUM was revealed by Tun Dr Mahathir Mohamad, former Prime Minister of Malaysia, on 12 th January 1982 after deliberating with the Education Minister, senior government officers and senior academics from local universities of that time. The university was officially established on 20 May 1983 by the Government of Malaysia. IIUM was founded under the Companies Act 1965 that enables it to use English and Arabic as the medium of instruction, this enhances its orientation as a global university. IIUM integrates Islamic values and worldview into its humanities, scientific and technical curriculum, befitting the university’s slogan “The Garden of Knowledge and Virtue”. This is reflected in IIUM’s educational philosophy and logo. IIUM aspires to restore the roles of Muslims in the field of education, exploration and creation of knowledge that will contribute toward the improvement of humankind quality of life. To ensure the delivery of high-quality education, IIUM pooled together successful academicians and committed professionals in their team. In addition to academic excellence, IIUM ensures that students are trained to be professional and responsible individuals with high morals and values. In addition to academic excellence, lifelong education, management and entrepreneurial skills as well as leadership skills are also emphasized. IIUM also stresses on the development of good ethics or ‘budi’ as part of its education process to ensure students possess good character. This is in line with Islamic teachings that emphasizes the development of a good personality. IIUM has several campuses that spread across different states of Malaysia, each providing specific fields of study. The main campus in Gombak Selangor, houses the university’s administration as well as the Ahmad Ibrahim Kulliyyah (Faculties) of Laws, Kulliyyah of UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) adalah manifestasi salah satu aspirasi para sarjana Islam di Malaysia untuk menubuhkan sebuah universiti Islam di Malaysia yang bertujuan untuk menerajui umat Islam dalam semua cabang ilmu. Rancangan penubuhan IIUM telah diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia, pada 12 Januari 1982 selepas perbincangan bersama Menteri Pendidikan, pegawai kanan kerajaan dan ahli akademik kanan universiti tempatan. Universiti ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 20 Mei 1983 oleh Kerajaan Malaysia. IIUM telah diasaskan di bawah Akta Syarikat 1965 yang membolehkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar yang akan memperkasakan orientasinya sebagai universiti bertaraf global. IIUM menggabungkan nilai-nilai Islamik dan sudut pandangan dunia ke dalam pelbagai bidang yang merangkumi bidang kemanusiaan, saintifik dan teknikal, sesuai dengan slogan universiti “Taman Ilmu dan Budi”. Perkara ini terserlah melalui logo dan falsafah pendidikan IIUM. IIUM berhasrat untuk mengembalikan peranan umat Islam sebagai peneraju dalam bidang pendidikan, penerokaan dan penghasilan ilmu ke arah menyumbang kepada penambahbaikan kualiti kehidupan manusia sejagat. Demi memastikan kualiti pendidikan yang tinggi, IIUM menggabungkan golongan ilmuwan yang berjaya serta para profesional yang komited dalam pasukan pendidiknya. Sebagai penambahan kepada kecemerlangan akademik, IIUM sentiasa memastikan bahawa para pelajar telah dilatih untuk menjadi individu yang bertanggungjawab, memiliki akhlak terpuji, nilai yang tinggi dan profesional. Selain daripada itu pendidikan sepanjang hayat, kemahiran pengurusan dan keusahawanan serta kemahiran kepimpinan turut diberi penekanan. IIUM memberi penekanan kepada keperibadian yang baik atau ‘budi’ sebagai sebahagian daripada proses pendidikan bagi para pelajarnya untuk memastikan mereka memiliki nilai pekerti yang baik. Hal ini adalah selaras dengan ajaran Islam yang menekankan kepada pembinaan sahsiah yang baik. IIUM memiliki beberapa buah kampus merentasi beberapa buah negeri di Malaysia; setiap kampus menyediakan bidang pengajian yang berbeza. Kampus Gombak di Selangor adalah untuk pusat pentadbiran universiti serta Kulliyyah (Fakulti) Undang-undang Ahmad Ibrahim, Ekonomi dan Sains Pengurusan, Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kejuruteraan dan Pendidikan. Kampus Gombak menawarkan pelbagai kemudahan termasuk kediaman di dalam kampus, masjid, dua kompleks sukan dengan kolam renang berukuran Olimpik, sebuah perpustakaan yang lengkap dengan lebih daripada 2 juta bahan cetakan dan digital yang disokong oleh pangkalan data dalam talian, pusat perubatan, kedai serbaneka, pejabat pos, dan tiga buah bank perdagangan Malaysia. Kampus-kampus lain terletak di Kuantan, Kuala Lumpur, Gambang dan Pagoh. Kampus Kuantan terletak di lembah yang dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi seluas 1,000 ekar. Kampus tersebut menempatkan Kulliyyah Perubatan, Pengajian Sains, Farmasi, Sains Kesihatan Bersekutu, Kulliyyah Kejururawatan dan Pergigian. Pusat Asasi IIUM (CFS) terletak di Gambang, juga di negeri Pahang. Kampus Kuala Lumpur di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin menempatkan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC). Kampus IIUM yang terletak di Hub Pendidikan Pagoh, Johor menawarkan kursus-kursus berasaskan Pengurusan Bahasa Antarabangsa. Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC@IIUM) adalah sebuah pusat perubatan yang dikelolakan oleh IIUM yang telah diiktiraf sebagai pusat perubatan patuh syariah dan anugerahkan dengan Persijilan MS 1900:2014: Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah. Pusat perubatan ini dilengkapi dengan kemudahan 300 katil, ICU, klinik pakar dan merupakan antara pusat perubatan yang mempunyai teknologi terkini di rantau Pantai Timur. Berdasarkan statistik 2022, populasi pelajar IIUM di dalam kampus adalah berjumlah 22,900 pelajar yang berasal dari 76 negara. Setakat ini, IIUM mempunyai 114,326 alumni yang terdiri daripada 97,459 warganegara Malaysia dan 16,867 adalah pelajar antarabangsa.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy