37th CONVOCATION PROGRAMME BOOK
19 Logo IIUM menggambarkan falsafah IIUM yang menggabungkan ilmu akal dan wahyu dalam penyelidikan, penghayatan dan penyebaran ilmu atas nama Allah (SWT) sebagai Pencipta dan Tuhan Semesta Alam. Al-Qur’ān di letak di tengah logo untuk menunjukkan Wahyu dari Allah (SWT), ilmu yang mutlak yang berada di atas semua ilmu-ilmu yang lain. Al-Qur’ān memberi panduan dan inspirasi kepada pencarian ilmu di IIUM. Simbol Al-Qur’ān dikelilingi oleh pola Ka’bah, simbol Baitullah di Mekah untuk memaparkan prinsip Tauhid iaitu keesaan Tuhan, kesatuan ilmu dan umat manusia dan juga konsep Ibadah, iaitu ketaatan dan penyerahan diri kepada Tuhan. Lapan kubah yang setiap satunya menghala ke arah yang berbeza mewakili lapan cabang ilmu dan disiplin manusia yang berbeza namun bertunjang kepada asas Tauhid yang sama. Akhir sekali, lapan kubah luar menandakan pelbagai usaha untuk membangunkan manusia (dalam aspek kehidupan sosial, kebudayaan dan peradaban) berdasarkan kepada ilmu dan disiplin yang bertunjangkan Tauhid. Logo ini diwarnakan denganwarna emas yangmenggambarkan prinsip bersama Tauhid, Ibadah, Akidah (kepercayaan) Syariah (sistem perundangan Islam) dan Akhlak (etika). Penggunaan warna emas dalam logo adalah simbolik untuk menggambarkan kecemerlangan dan kemakmuran. LOGO
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy