37th CONVOCATION PROGRAMME BOOK
15 UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) adalah manifestasi salah satu aspirasi para sarjana Islam di Malaysia untuk menubuhkan sebuah universiti Islam di Malaysia yang bertujuan untuk menerajui umat Islam dalam semua cabang ilmu. Rancangan penubuhan IIUM telah diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia, pada 12 Januari 1982 selepas perbincangan bersama Menteri Pendidikan, pegawai kanan kerajaan dan ahli akademik kanan universiti tempatan. Universiti ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 20 Mei 1983 oleh Kerajaan Malaysia. IIUM telah diasaskan di bawah Akta Syarikat 1965 yang membolehkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar yang akan memperkasakan orientasinya sebagai universiti bertaraf global. IIUM menggabungkan nilai-nilai Islamik dan sudut pandangan dunia ke dalam pelbagai bidang yang merangkumi bidang kemanusiaan, saintifik dan teknikal, sesuai dengan slogan universiti “Taman Ilmu dan Budi”. Perkara ini terserlah melalui logo dan falsafah pendidikan IIUM. IIUM berhasrat untuk mengembalikan peranan umat Islam sebagai peneraju dalam bidang pendidikan, penerokaan dan penghasilan ilmu ke arah menyumbang kepada penambahbaikan kualiti kehidupan manusia sejagat. Demi memastikan kualiti pendidikan yang tinggi, IIUMmenggabungkan golongan ilmuwan yang berjaya serta para profesional yang komited dalam pasukan pendidiknya. Sebagai penambahan kepada kecemerlangan akademik, IIUM sentiasa memastikan bahawa para pelajar telah dilatih untuk menjadi individu yang bertanggungjawab, memiliki akhlak terpuji, nilai yang tinggi dan profesional. Selain daripada itu pendidikan sepanjang hayat, kemahiran pengurusan dan keusahawanan serta kemahiran kepimpinan turut diberi penekanan. IIUM memberi penekanan kepada keperibadian yang baik atau ‘budi’ sebagai sebahagian daripada proses pendidikan bagi para pelajarnya untuk memastikan mereka memiliki nilai pekerti yang baik. Hal ini adalah selaras dengan ajaran Islam yang menekankan kepada pembinaan sahsiah yang baik. IIUM memiliki beberapa buah kampus merentasi beberapa buah negeri di Malaysia; setiap kampus menyediakan bidang pengajian yang berbeza. Kampus Gombak di Selangor adalah untuk pusat pentadbiran universiti serta Kulliyyah (Fakulti) Undang-undang Ahmad Ibrahim, Ekonomi dan Sains Pengurusan, Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kejuruteraan dan Pendidikan. Kampus Gombak menawarkan pelbagai kemudahan termasuk kediaman di dalam kampus, masjid, dua kompleks sukan dengan kolam renang berukuran Olimpik, sebuah perpustakaan yang lengkap dengan lebih daripada 2 juta bahan cetakan dan digital yang disokong oleh pangkalan data dalam talian, pusat perubatan, kedai serbaneka, pejabat pos, dan tiga buah bank perdagangan Malaysia. Kampus-kampus lain terletak di Kuantan, Kuala Lumpur, Gambang dan Pagoh. Kampus Kuantan terletak di lembah yang dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi seluas 1,000 ekar. Kampus tersebut menempatkan Kulliyyah Perubatan, Pengajian Sains, Farmasi, Sains Kesihatan Bersekutu, Kulliyyah Kejururawatan dan Pergigian. Pusat Asasi IIUM (CFS) terletak di Gambang, juga di negeri Pahang. Kampus Kuala Lumpur di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin menempatkan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC). Kampus IIUM yang terletak di Hub Pendidikan Pagoh, Johor menawarkan kursus-kursus berasaskan Pengurusan Bahasa Antarabangsa. Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC@IIUM) adalah sebuah pusat perubatan yang dikelolakan oleh IIUM yang telah diiktiraf sebagai pusat perubatan patuh syariah dan anugerahkan dengan Persijilan MS 1900 : 2014 : Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah. Pusatperubatan ini dilengkapi dengankemudahan300katil, ICU, klinik pakar dan merupakan antara pusat perubatan yang mempunyai teknologi terkini di rantau Pantai Timur. Berdasarkan statistik 2022, populasi pelajar IIUM di dalam kampus adalah berjumlah 22,814 pelajar yang berasal dari 76 negara. Setakat ini, IIUM mempunyai 108,969 alumni yang terdiri daripada 92,108 warganegara Malaysia dan 15,434 adalah pelajar antarabangsa.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy