33rd IIUM Convocation Programme Book

19 33rd IIUM Convocation Ceremony Majlis Konvokesyen IIUM ke-33 Kejuruteraan, Pendidikan dan Pengurusan Bahasa. Kampus IIUM menawarkan pelbagai kemudahan yang lengkap seperti kolam renang bersaiz Olimpik, perpustakaan yang dilengkapi dengan lebih kurang dua (2) juta bahan cetak dan digital serta kemudahan akses dalam talian, klinik kesihatan, kedai-kedai runcit, pejabat pos dan beberapa buah bank. Kampus-kampus lain terletak di Kuantan, Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Gambang. Kampus Kuantan terletak di tengah-tengah lembah yang dikelilingi hutan tebal menempatkan fakulti Sains, Sains Perubatan, Farmasi, Sains Kesihatan Bersekutu, Kejururawatan dan Pergigian. Kampus Kuala Lumpur yang terletak di Persiaran Duta, kini digunakan oleh Pusat Strategik Pembelajaran Berterusan dan Latihan (CRESCENT). Kampus ini juga turut menempatkan Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu. Pusat Asasi terletak di Petaling Jaya, sebuah bandar satelit di selatan Kuala Lumpur dan juga di Gambang, Pahang. IIUM mempunyai seramai 30,649 pelajar daripada 117 buah negara. Sehingga tahun 2017, IIUM telah melahirkan seramai 85,854 pelajar di peringkat siswazah dan pasca-siswazah di mana 73,677 terdiri dari warganegara Malaysia dan selebihnya, 12,177 adalah pelajar antarabangsa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy