33rd IIUM Convocation Programme Book
18 33rd IIUM Convocation Ceremony Majlis Konvokesyen IIUM ke-33 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) ditubuhkan hasil daripada aspirasi para sarjana Islam di Malaysia untuk mewujudkan sebuah universiti Islam di Malaysia yang bakal menerajui umat Islam dalam semua bidang keilmuan. CadanganpenubuhanIIUMtelahdikemukankanolehTunDr.MahathirMohamad,PerdanaMenteriMalaysiaKeempatpada 12hb Januari 1982. IIUM ditubuhkan secara rasmi pada 20hb Mei 1983 oleh kerajaan Malaysia. Falsafah IIUM diinspirasikan daripada rumusan yang dicapai pada Persidangan Pendidikan Islam Antarabangsa yang Pertama yang telah berlangsung di Mekah pada tahun 1977. IIUM diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 yang membolehkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Arab sebagai bahasa penghantar yang telah meningkatkan orientasi global Universiti. IIUM mengintegrasikan nilai-nilai dan sudut pandang Islam ke dalam pelbagai bidang pengajian yang meliputi bidang kemanusiaan, saintifik dan teknikal sesuai dengan slogannya sebagai sebuah “Taman Ilmu dan Budi”. Ciri-ciri unik ini tersirat dalam falsafah dan logo IIUM. IIUM berhasrat untuk mengangkat kembali umat Islam sebagai peneraju di dalam bidang penerokaan dan penghasilan ilmu dan seterusnya menyumbang ke arah penambahbaikan kualiti kehidupan manusia seluruhnya. Sesuai dengan status Universiti Penyelidikan Islam Antarabangsa Terulung yang dianugerahkan oleh ISESCO pada 17 Desember 2014, IIUM menyediakan persekitaran pembelajaran yang komprehensif dan menyeluruh bagi membolehkan penyelidikan bertaraf tinggi dilaksanakan. Kualiti pembelajaran, ilmu perbandingan dan persekitaran penyelidikan sebegini menjadi faktor utama kejayaan IIUM menarik ramai ahli akademik yang berbakat menyertainya lantas menjadikannya terkemuka. IIUM menawarkan pelbagai program pasca ijazah, professional dan latihan kepimpinan terutamanya dalam bidang pengkhususannya (niche) iaitu perkhidmatan dan produk-produk yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam. Pada tahun 2015, IIUM telah diiktiraf sebagai pelopor dalam dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam dunia dan menjadi pusat rujukan dunia dalam bidang tersebut. Demi mengekalkan mutu pendidikan yang berkualiti tinggi, IIUM memastikan para pegawai tadbir dan akademik adalah dari kalangan yang berpengalaman dan komited. Setakat Oktober 2015, IIUM mempunyai seramai 200 pekerja pentadbiran dan 1980 ahli akademik. 80% daripada jumlah keseluruhan ahli akademik di universiti ini mempunyai kelayakan doktor falsafah. Sebahagian mereka telah mempunyai pengalaman mengajar yang luas sebelum menyertai IIUM. Terdapat 14 fakulti, tiga institut dan sebuah Pusat Pembelajaran Berterusan dan Latihan Strategik. Selain daripada kecemerlangan akademik, IIUM turut mempastikan para pelajarnya dilatih untuk menjadi individu yang memiliki tahap profesionalisma yang tinggi, bertanggungjawab, beretika, berakhlak, serta dilengkapi dengan kemahiran memimpin, mengurus dan keusahawanan serta pembelajaran sepanjang hayat. IIUM sangat menekankan pembinaan budi (akhlak yang baik) sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran untuk mempastikan pelajar memiliki sahsiah yang baik. Usaha ini adalah selari dengan ajaran Islam yang menekankan kepada pembinaan akhlak yang mulia. IIUM kini telah mendapat pengiktirafan dalam bidang debat sebagai 10 kumpulan debat university terbaik dunia. Ahli Pasukan Debat IIUM telah menerima Anugerah sebagai Pendebat Terbaik Asia. Ahli Pasukan debat IIUM meneruskan kecemerlangan apabila turut memenangi anugerah Pendebat Terbaik di Cambridge. Sementara pasukan Debat Bahasa Melayu IIUM telah menjuarai pertandingan Environmental Debate sebanyak tiga tahun berturut-turut. Pasukan debat bahasa Arab IIUM pula tidak ketinggalan memenangi anugerah sebagai juara dalam beberapa siri pertandingan debat, pengucapan awam, hafazan quran dan tilawah al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kampus IIUM terletak di beberapa buah negeri di Malaysia, di mana setiap satu kampus menyediakan bidang pengajian yang berbeza. Kampus Gombak yang terletak berhampiran Kuala Lumpur menempatkan pusat pentadbiran utama Universiti dan juga Kulliyyah (fakulti) Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Ekonomi dan Sains Pengurusan, Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan, Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, BERKENAAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy