35th IIUM Convocation Programme book
15 35th IIUM Convocation Ceremony Majlis Konvokesyen IIUM ke-35 Kampus Gombak menawarkan pelbagai kemudahan termasuk perumahan di kampus, sebuah masjid, dua kompleks sukan dengan kolam renang berukuran Olimpik, sebuah perpustakaan yang lengkap dengan lebih daripada 2 juta bahan cetakan dan digital yang disokong oleh pangkalan data dalam talian, sebuah klinik perubatan, kedai serbaneka, pejabat pos, dan tiga buah bank perdagangan Malaysia. Kampus-kampus lain terletak di Kuantan, Kuala Lumpur, Gambang dan Pagoh. Kampus Kuantan terletak di lembah yang dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi seluas 1,000 ekar. Kampus tersebut menempatkan pengajian Sains, Perubatan, Farmasi, Sains Kesihatan Bersekutu, Kulliyyah Kejururawatan dan Pergigian. Kuantan mempunyai kawasan yang lain iaitu Kampus Jalan Hospital yang menempatkan Kulliyyah Perubatan. Pusat Asasi IIUM terletak di Gambang, juga di negeri Pahang. Kampus Kuala Lumpur di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin menempatkan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) dan Populasi pelajar IIUM adalah sekitar 26,510 pelajar yang berasal dari 86 negara. Setakat ini, IIUM mempunyai 96,680 alumni yang terdiri daripada 82,699 warganegara Malaysia dan 13,981 adalah pelajar antarabangsa.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy