35th IIUM Convocation Programme book

14 35th IIUM Convocation Ceremony Majlis Konvokesyen IIUM ke-35 UNIVERSITI ISLAMANTARABANGSAMALAYSIA Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) adalah manifestasi salah satu aspirasi para sarjana Islam di Malaysia untuk menubuhkan sebuah universiti Islam di Malaysia yang bertujuan untuk menerajui umat Islam dalam semua cabang ilmu. Rancangan penubuhan IIUM telah diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri yang ke-4 pada 12 Januari 1982 selepas perbincangan bersama Menteri Pendidikan, pegawai kanan kerajaan dan ahli akademik kanan universiti tempatan. Universiti ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 20 Mei 1983 oleh Kerajaan Malaysia. IIUM telah diasaskan di bawah Akta Syarikat 1965 yang membolehkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Arab sebagai bahasa pengantar dan untuk memperkasa orientasi universiti global. IIUM menggabungkan nilai-nilai Islamik dan sudut pandangan dunia ke dalam pelbagai bidang yang merangkumi bidang kemanusiaan, saintifik dan teknikal sesuai dengan slogan universiti “Taman Ilmu dan Budi”. Hal ini dapat merujuk kepada logo dan falsafah pendidikan IIUM. IIUM berhasrat untuk mengembalikan peranan umat Islam sebagai peneraju dalam bidang pendidikan dan penghasilan ilmu serta penerokaan untuk menyumbang kepada penambahbaikan kualiti kehidupan manusia. Demi memastikan penyampaian pendidikan yang berkualiti, IIUM melantik para ilmuwan yang berjaya serta para profesional yang komited. Sebagai penambahan kepada kecemerlangan akademik, IIUM sentiasa memastikan bahawa para pelajar telah dilatih untuk menjadi individu yang bertanggungjawab, memiliki akhlak terpuji, nilai yang tinggi dan profesional. Selain daripada itu pendidikan sepanjang hayat, kemahiran pengurusan dan keusahawanan serta kemahiran kepimpinan diberi penekanan juga. IIUM memberi penekanan kepada keperibadian yang baik atau ‘budi’ sebagai sebahagian daripada proses pendidikan bagi para pelajarnya untuk memastikan mereka memiliki nilai pekerti yang baik. Hal ini adalah selaras dengan ajaran Islam yang menekankan kepada pembinaan keperibadian yang baik. IIUM memiliki beberapa buah kampus merentasi beberapa buah negeri di Malaysia; setiap kampus menyediakan bidang pengajian yang berbeza. Kampus Gombak di Kuala Lumpur adalah untuk pusat pentadbiran universiti serta Kulliyyah (Fakulti) Undang-undang Ahmad Ibrahim, Ekonomi dan Sains Pengurusan, Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Seni Bina Dan Rekabentuk Alam Sekitar, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kejuruteraan dan Pendidikan .

RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy