34TH IIUM CONVO BOOK
17 34th IIUM Convocation Ceremony Majlis Konvokesyen IIUM ke-34 LOGO The logo captures the philosophy of combining reason and revelation in seeking, internalising and disseminating knowledge in the name of Allah (SWT), the Creator, Cherisher and Sustainer of the universe. At the centre of the logo is the Qurʼān that contains, the Revelation of Allah (SWT), and the knowledge which is absolute and above all human knowledge. The glorious Qurʼān guides and inspires the pursuit of knowledge in the University. The symbol of the Qurʼān is surrounded by a design of the kaʼbah , the sacred house in Makkah, Saudi Arabia, representing the principle of tawhīd , the unity of God, of knowledge and of humankind, and the concept of ‘ibādah , obedience and submission. The eight domes pointing in eight directions represent the different branches of human knowledge and disciplines and are grounded in the common foundation of tawhīd . Finally, the eight outer domes signify the various Islamic development efforts of humans (social life, culture and civilization, etc.) based on the knowledge and disciplines grounded in tawhīd . The logo is coloured in gold representing the common principles of tawhīd, ‘ibādah, ‘aqīdah (belief), sharīʿah (Islamic legal system) and akhlāq (good morals). Additionally, the use of colour gold symbolises excellence and overall prosperity. LOGO Logo IIUM menggambarkan galsafah IIUM yang menggabungkan ilmu akal dan wahyu dalam penyelidikan, penghayatan dan penyebaran ilmu atas nama Allah (SWT) sebagai Pencipta dan Tuhan Semesta Alam. Al-Qurʼān di letak di tengah logo untuk menunjukkan Wahyu dari Allah (SWT), ilmu yang mutlak yang berada di atas semua ilmu-ilmu yang lain. Al-Qurʼān memberi panduan dan inspirasi kepada pencarian ilmu di IIUM. Simbol Al-Qur’an dikelilingi oleh pola ka’bah, simbol Baitullah di Mekah untuk memaparkan prinsip tawhīd iaitu keesaan Tuhan, kesatuan ilmu dan umat manusia dan juga konsep ‘ibādah, iaitu ketaatan dan penyerahan kepada Tuhan. Lapan kubah yang setiap satunya menghala ke arah yang berbeza mewakili lapan cabang ilmu dan disiplin manusia yang berbeza namun bertunjang kepada asas tawhīd yang sama. Akhir sekali, lapan kubah luar menandakan pelbagai usaha untuk membangunkan manusia (dalam aspek kehidupan sosial, kebudayaan dan peradaban) berdasarkan kepada ilmu dan disiplin yang bertunjangkan tawhīd. Logo ini diwarnakan dengan warna emas yang menggambarkan prinsip bersama tawhīd,‘ibādah,‘aqīdah (kepercayaan) sharīʿah (sistem perundangan Islam) dan akhlāq (etika). Penggunaan warna emas dalam logo adalah simbolik untuk menggambarkan kecemerlangan dan kemakmuran.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy