34TH IIUM CONVO BOOK
14 34th IIUM Convocation Ceremony Majlis Konvokesyen IIUM ke-34 membolot kejuaraan kategori Junior dan Senior dalam Pertandingan Debat Terbuka Astar. IIUM juga telah memenangi Kejohanan Debat SKMM pada tahun 2018. Pasukan Debat Bahasa Melayu IIUM dipilih untuk mewakili Malaysia di Pertandingan Debat Siswa 2016 dan 2018 yang telah dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia dan Radio Televisyen Brunei. Pasukan debat bahasa Arab IIUM mencapai kejayaan hebat pada tahun 2017 apabila mereka sampai ke pusingan akhir Kategori Terbuka di Kejohanan Debat Bahasa Arab Antarabangsa di Doha, Qatar menjadikan pasukan Debat pertama yang terdiri dari pendebat yang bukan Arab yang berjaya. Mereka juga menjadi juara pertandingan IIUM International Arabic Debate Open pada tahun 2017 dan Berjaya ke pusingan akhir pada tahun 2018. Pasukan debat Bahasa Arab juga telah menerima banyak pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pertandingan debat, pidato awam, hafazan dan tajwid Al-Qur’an. Pelajar IIUM telah mempamerkan kecemerlangan dan senitasa dipilih untuk mewakili IIUM untuk mewakili Malaysia dalam kejuaraan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu yang berprestij. Pelajar IIUM telah menjadi juara beberapa pertandingan pidato seperti Pertandingan Pidato Kewangan (2017), Pertandingan Pidato 1 Malaysia Peringkat Negeri Selangor (2017), Pidato Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (2017), Pertandingan Pidato ASEAN (Kategori Melayu dan Inggeris) 2018, Pertandingan Bercakap Awam Kebangsaan Malaysia (2018) dan Pidato Piala Menteri Pendidikan (2018). IIUM juga telah menerima pelbagai anugerah dalam Persidangan Model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di peringkat nasional dan antarabangsa. Ahli-ahli MUN IIUM telah diberikan anugerah Delegasi Terbaik dalam kejohanan Champions Cup, Nottingham MUN Conference 2017 dan Persidangan BAC MUN 2018. Pasukan MUN IIUM turut mengambil bahagian dalam Persidangan MUN Antarabangsa Singapura 2018 di mana seorang ahli MUN IIUM menerima Anugerah Mention Honorable. Pasukan IIUM Hult Prize telah mencapai kejayaan hebat dalam Pertandingan Hadiah Hult yang berprestij pada tahun 2018. Selepas menjadi juara serantau dan bersaing dengan 42 pasukan di United Kingdom, pasukan IIUM telah disenaraikan sebagai Top 6 di dunia dan bertanding di peringkat akhir bersama-sama dengan peserta dari University terkemuka seperti Oxford dan University College London (UCL) dalam pertandingan telah berlangsung di Ibu Pejabat Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Kampus IIUM terletak di beberapa buah negeri di Malaysia dengan setiap satunya menyediakan bidang pengajian yang khusus. Kampus utama di Gombak yang terletak berhampiran Kuala Lumpur menempatkan pusat pentadbiran utama Universiti dan juga Kulliyyah (fakulti) Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Ekonomi dan Sains Pengurusan, Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan, Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kejuruteraan, Pendidikan dan Akademi Pascasiswazah dan Pengajian Profesional. Kampus ini menawarkan pelbagai kemudahan yang lengkap termasuk kemudahan penginapan dalam kampus dan perumahan untuk kakitangan, masjid di tengah-tengah kampus, dua pusat sukan yang dilengkapi kolam renang bersaiz Olimpik, perpustakaan yang dilengkapi lebih kurang dua (2) juta bahan cetak dan digital yang disokong kemudahan akses dalam talian, klinik kesihatan, kedai-kedai runcit, pejabat pos, tiga buah bank tempatan dan sebuah tadika. Kampus-kampus lain terletak di Kuantan, Kuala Lumpur, Gambang dan Pagoh. Semua kampus terletak di tengah-tengah lembah yang dikelilingi oleh kehijauan. Landskap dan keindahan pemandangan kampus IIUM adalah satu lagi manifestasi slogan Taman Ilmu dan Budi, di mana kampus-kampus ini direka untuk menyediakan pengalaman hidup yang akan sentiasa dikenang dengan keharmonian persekitaran yang lestari untuk kakitangan dan pelajar. Dengan keluasan tanah 1000 ekar yang dikelilingi persekitaran yang menghijau, Kampus Kuantan menempatkan Kulliyyah Perubatan, Sains, Farmasi, Sains Kesihatan Bersekutu, Kejururawatan , Pergigian dan sebuah Hospital Pendidikan yang lengkap. Dengan pantai yang memutih serta daya tarikan destinasi pelancungan lain yang terdapat di sekitar Kuantan menjadikan kampus ini lebih menarik. Kampus Kuantan juga mempunyai cawangan yang terletak di Jalan Hospital yang menempatkan Kulliyah Perubatan. Kampus Kuala Lumpur yang terletak di Persiaran Duta, kini menempatkan Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC). Pusat Asasi yang sebelum ini terletak di Petaling Jaya telah dipindahkan ke Gambang, Pahang. IIUM mempunyai seramai 29,773 pelajar daripada 86 buah negara. Sehingga kini, IIUM telah melahirkan seramai 91,267 pelajar di peringkat siswazah dan pasca-siswazah di mana 78,188 terdiri dari warganegara Malaysia dan selebihnya, 13,079 adalah pelajar antarabangsa.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy