34TH IIUM CONVO BOOK
13 34th IIUM Convocation Ceremony Majlis Konvokesyen IIUM ke-34 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) ditubuhkan hasil daripada aspirasi para sarjana Islam di Malaysia untuk mewujudkan sebuah universiti Islam di Malaysia yang bakal menerajui umat Islam dalam semua bidang keilmuan. Cadangan penubuhan IIUM telah diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat dan sekarang ini pada 12hb Januari 1982 setelah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pendidikan, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta ahli akademik universiti tempatan. IIUM ditubuhkan secara rasmi pada 20hb Mei 1983 oleh kerajaan Malaysia. Falsafah IIUM mengambil inspirasi daripada rumusan yang dicapai pada Persidangan Pendidikan Islam Antarabangsa yang Pertama yang telah berlangsung di Mekah pada tahun 1977. IIUM diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 yang membolehkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Arab sebagai bahasa penghantar bagi meningkatkan orientasi global Universiti. IIUM mengintegrasikan nilai-nilai dan sudut pandang Islam ke dalam pelbagai bidang pengajian yang meliputi bidang kemanusiaan, saintifik dan teknikal sesuai dengan slogannya sebagai sebuah “Taman Ilmu dan Budi”. Ciri-ciri unik ini tersirat dalam falsafah dan logo IIUM. IIUM beraspirasi untuk mengangkat kembali peranan umat Islam di dalam bidang Pendidikan, penghasilan dan penemuan ilmu dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti kehidupan manusia seluruhnya. Sesuai dengan status Universiti Penyelidikan Islam Antarabangsa Terulung yang dianugerahkan oleh ISESCO pada 17 Disember 2014, IIUM menyediakan persekitaran pembelajaran yang komprehensif dan menyeluruh bagi membolehkan penyelidikan bertaraf tinggi dalam pelbagai disiplin dilaksanakan. Kualiti pembelajaran, ilmu perbandingan dan persekitaran penyelidikan sebegini telah menjadi faktor utama kejayaan IIUMmenarik ramai ahli akademik dan pelajar yang berbakat menyertainya, sesuai dengan tarafnya sebagai universiti tersohor. Selain menawarkan pelbagai program siswazah dan pasca siswazah, IIUM turut menawarkan latihan professional dan kepimpinan terutamanya dalam bidang pengkhususannya (niche) iaitu perkhidmatan dan produk-produk yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam. Pada tahun 2015, IIUM telah diiktiraf sebagai pelopor dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam dan menjadi pusat rujukan dunia dalam bidang tersebut. Selain daripada kecemerlangan akademik, IIUM turut turut memastikan para pelajarnya dilatih dengan sikap bertanggungjawab, beretika, bermoral, profesional, serta memiliki kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran mengurus, keusahawanan dan kepimpinan. IIUM turut memberikan penekanan kepada pembinaan sahsiah sebagai sebahagian daripada proses pendidikan para pelajarnya untuk memastikan mereka memiliki nilai akhlak yang tinggi. Ini adalah selaras dengan ajaran Islam yang menekankan kepada pembinaan akhlak yang baik. Pasukan Debat Bahasa Inggeris IIUM telah menerima banyak penghargaan antarabangsa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. IIUM kini menduduki tempat ke-12 dalam Jadual Kedudukan Kumulatif Debat Dunia pada tahun 2014, yang mencatatkan pencapaian kumulatif pasukan perbandaran dunia untuk 5 tahun terdahulu. Pasukan Debat IIUM adalah pasukan pertama di Asia yang telah menjadi Juara keseluruhan Australasian Intervarsity Debating Championship pada tahun 2016 dan telah melakar sejarah 42 tahun pertandingan tersebut. Pasukan ini juga telah mendahului litar Asia dengan menjadi pemenang United Asian Debating Championship pada tahun 2016 dan memenangi Asian British Parliamentary (ABP) Debating Championship dua kali iaitu di Jakarta ABP pada tahun 2016 dan Hanoi ABP pada tahun 2018. Pendebat IIUM telah memenangi anugerah Pendebat terbaik Asia beberapa kali, termasuk pada tahun 2018. IIUM juga telah menang dalam Cambridge Intervarsity Debating Competition yang berprestij pada tahun 2016 dan pendebat IIUM telah dianugerahkan Pendebat terbaik untuk Cambridge IV. Di peringkat nasional pula, IIUM telah memenangi pertandingan Malaysia Debate Open selama dua tahun berturut-turut (2016-2017), di samping meneruskan legasi dalam pertandingan debat berprestij, Royal Intervarsity Debating Championship dengan menjadi Grand Finalist pada tahun 2017 dan Juara pada tahun 2018. Pasukan Debat Bahasa Melayu IIUM telah memenangi Pertandingan Debat Alam Sekitar selama tiga tahun berturut-turut dan muncul sebagai Juara dalam Pertanding Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) pada 2017 dan 2018. Dalam 5 tahun sejak DeTik telah diperkenalkan, IIUM telah memenangi 4 dari 5 kejuaraan. Pada tahun 2018, dua pasukan debat Melayu IIUM telah UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy