Convo 31 Program
23 31st IIUM Convocation Ceremony Majlis Konvokesyen IIUM ke-31 Note : (**) Graduands with CGPA > 3.60 (*) Graduands with CGPA 3.00 - 3.59 GIC Graduation In Council Kampus IIUM terletak di beberapa buah negeri di Malaysia, di mana setiap satu kampus menyediakan bidang pengajian yang berbeza. Kampus Gombak yang terletak berhampiran Kuala Lumpur menempatkan pusat pentadbiran utama Universiti dan juga Kulliyyah (fakulti) Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Ekonomi dan Sains Pengurusan, Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan, Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kejuruteraan, Pendidikan dan Pengurusan Bahasa. Kampus IIUM menawarkan pelbagai kemudahan yang lengkap seperti kolam renang bersaiz Olimpik, perpustakaan yang dilengkapi dengan lebih kurang dua (2) juta bahan cetak dan digital serta kemudahan akses dalam talian, klinik kesihatan, kedai-kedai runcit, pejabat pos dan beberapa buah bank. Kampus-kampus lain terletak di Kuantan, Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Gambang. Kampus Kuantan terletak di tengah-tengah lembah yang dikelilingi hutan tebal menempatkan fakulti Sains, Sains Perubatan, Farmasi, Sains Kesihatan Bersekutu, Kejururawatan dan Pergigian. Kampus Kuala Lumpur yang terletak di Persiaran Duta, kini digunakan oleh Pusat Strategik Pembelajaran Berterusan dan Latihan (CRESCENT). Pusat Asasi terletak di Petaling Jaya, sebuah bandar satelit di selatan Kuala Lumpur dan juga di Gambang, Pahang. IIUM kini menawarkan pelbagai jenis kursus yang turut ditawarkan oleh universiti tersohor dunia melalui 14 Kulliyyah (Fakulti), tiga Institut dan satu Pusat Strategik Pembelajaran Berterusan dan Latihan. IIUM mempunyai seramai 24,126 pelajar daripada 115 buah negara. Sehingga tahun 2015, IIUM telah melahirkan seramai 75,696 pelajar di peringkat siswazah dan pasca-siswazah di mana 65,322 terdiri dari warganegara Malaysia dan selebihnya, 10,374 adalah pelajar antarabangsa. Beberapa tahun kebelakangan ini (2010-2015) terdapat peningkatan dalam jumlah graduan kepada 28,484 orang.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy