Convo 31 Program
Note : (**) Graduands with CGPA > 3.60 (*) Graduands with CGPA 3.00 - 3.59 GIC Graduation In Council 22 31st IIUM Convocation Ceremony Majlis Konvokesyen IIUM ke-31 UNIVERSITI ISLAMANTARABANGSAMALAYSIA: UNIVERSITI PENYELIDIKAN ISLAMANTARABANGSA TERULUNG Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) adalah ditubuhkan hasil daripada aspirasi para sarjana Islam di Malaysia untuk menubuhkan sebuah universiti Islam di Malaysia yang bakal menerajui umat Islam dalam semua bidang keilmuan. Cadangan penubuhan IIUM telah diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat pada 12hb Januari 1982. IIUM ditubuhkan secara rasmi pada 20hb Mei 1983 oleh kerajaan Malaysia. Falsafah IIUM diinspirasikan daripada rumusan yang dicapai pada Persidangan Pendidikan Islam Antarabangsa yang Pertama yang telah berlangsung di Mekah pada tahun 1977. IIUM diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 yang membolehkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Arab sebagai bahasa penghantar yang telah meningkatkan orientasi global Universiti. IIUM telah ditubuhkan pada zaman di mana kerjasama global dan globalisasi menjadi satu terma yang sering diungkapkan, IIUM mengintegrasikan ilmu duniawi dengan nilainilai dan moraliti Islam yang menepati slogan “Taman Ilmu dan Budi”. Ciri-ciri unik ini tersirat dalam falsafah dan logo IIUM. Sejak dari awal, objektif IIUM ialah untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf antarabangsa. Objektif IIUM untuk mengintegrasi ilmu wahyu dan ilmu duniawi ialah untuk mendefinasikan semula konsep pendidikan yang dipraktikkan di dalam persekitaran yang liberal dan sekular. IIUM beraspirasi untuk memulihkan semula penerajuan Islam di dalam bidang pendidikan, innovasi dan penciptaan yang bakal menyumbang kepada penambahbaikan kualiti kehidupan manusia dan peradaban yang melangkau perbatasan geografi. Sesuai dengan status Universiti Penyelidikan Islam Antarabangsa Terulung, IIUM menyediakan persekitaran pembelajaran yang komprehensif yang membolehkan penyelidikan bertaraf tinggi dilaksanakan. Kualiti pembelajaran dan persekitaran penyelidikan sebegini menjadi faktor utama kejayaan IIUM menarik ramai individu yang berbakat menyertainya lantas menjadikannya terkemuka. IIUM menawarkan pelbagai program pasca ijazah, professional dan latihan kepimpinan terutamanya dalam bidang pengkhususannya ( niche ) iaitu menyediakan perkhidmatan dan produk-produk yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam. IIUM telah mendapat pengiktirafan yang tertinggi berdasarkan penyelidikan Elsevier untuk tahun 2015, dan telah dipilih sebagai universiti terbaik di peringkat global dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam khususnya dari segi penulisan artikel yang diterbitkan yang merangkumi 11% daripada jumlah keseluruhan penerbitan di peringkat global. Dunia kini melihat IIUM sebagai salah satu pelopor dalam bidang pendidikan yang menerajui bidang perbankan dan kewangan Islam untuk menjadi pusat rujukan dunia dalam bidang tersebut. Demi mengekalkan mutu pendidikan yang berkualiti tinggi, IIUM memastikan para pegawai tadbir dan akademik adalah dari kalangan yang berpengalaman dan mampu melaksanakan pentadbiran secara professional. Setakat Oktober 2015, IIUM mempunyai seramai 1987 pekerja pentadbiran dan 1933 ahli akademik. 80% daripada jumlah keseluruhan ahli akademik Universiti ini mempunyai kelayakan doktor falsafah. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai pengalaman mengajar yang luas sebelum menyertai IIUM. Berdasarkan ciri-ciri tersebut, sejajar dengan perspektif Islam yang turut menerapkan nilai-nilai budi kepada setiap umatnya, IIUM juga turut meletakkan budi sebagai salah satu asuhan kepada semua pelajarnya supaya apabila mereka keluar sahaja dari universiti, nilai-nilai insaniah hasil asuhan budi tersebut dapat diterapkan kepada komuniti ataupun kepada masyarakat. Ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan sahsiah siswa dan tenaga pengajar universiti yang menurut . IIUM kini telah mendapat pengiktirafan dalam bidang debat dan telah dapat tempat ke10 dalam peringkat Juara Debat Dunia. Pelajar IIUM telah menerima Anugerah Pendebat Terbaik Asia. Bidang pendebatan terus melakar kejayaan apabila pelajar IIUM dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Debat Cambridge yang berlangsung di University Cambridge, United Kingdom. Pasukan debat IIUM juga mencipta nama sebagai juara debat Bahasa Melayu untuk tiga tahun berturut-turut dalam Pertandingan Debat Alam Sekitar.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MzA3OTEy